Saturday, September 1, 2012

semua ini RAHSIA TUHAN


  just nak tulis entry ni:

Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada di alam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang. Oleh itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dgn sndirinya....
Ajal telah ditentukan oleh allah SWT dab segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha dan qadarnya. Oleh kerana itu, seseorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi. Rezeki semua makhluk telah dijamin oleh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun yang mampu mengetahui dtngnya rezeki...
" So, usah di pedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita, hanya kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.. jalanilah hidup ini apa seadanya " 
" Sesungguhnya apa yang sering kita impikan tidak mustahil untuk kita dapatkan.. tapi janganlah berbangga apabila yang kita impikan itu menjadi kenyataan, malah bersyukurlah. Namun jika ianya datang sekadar sementara., ingatlah bahawa kita hanya peminjam darinya. Jangan sesekali mengeluh dan menyesal "







 

No comments:

Post a Comment